Wednesday, February 2, 2011

KEGUNAAN SHAMPOO SELAIN PADA RAMBUT

Jika anda mempunyai shampoo yang berlebihan atau yang tidak digunakan lagi,jangan dibuang kerana ia boleh dimanafaatkan kepada beberapa perkara dibawah ini :-
  1. Zip seluar atau baju yang tersekat. Letakkan setitik shampoo pada kepala zip,dan zip tersebut akan boleh digunakan semula.
  2. Pada kasut kulit yang dah kusam. Letakkan sedikit pada kain yang bersih dan digosok pada tempat yg kusam tu.Tempat yang kusam pada kasut tersebut akan bersinar semula.
  3. Untuk pakaian cucian tangan, gunakan beberapa titis shampoo untuk basuhan.
  4. Sebagai buih mandian.
  5. Gunakan beberapa titis shampoo pada bandage yang susah untuk ditanggalkan.
  6. Shampoo yang berperapi boleh digunakan sebagai pengganti krim pencukur dikala kita kehabisan atau telupa nak bawa semasa berpemergian.
  7. Mencuci kereta dengan menggunakan 1/4 cawan shampoo yang dicampurkan dengan sebaldi air suam.
  8. Sebagai pelincir pada skrew atau yang dah ketat atau pada ensel pintu-pintu yang berbunyi.
  9. Shampoo yang dicampurkan dengan baking soda boleh digunakan untuk mencuci krom pada kenderaan kemudian dibilas dgn air biasa dan akan bersinar semula.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails