Friday, May 11, 2012

LUNCH DATE ! !

Bismillahirrahmanirrahim.

In the name of Allah the most gracious the most merciful

Hari ni Jumaat Yan ajak jimba jimba kat Alamanda.Untuk tidak menghampakan permintaan Yan , kami berempat(Lin,Wan,Ain dan Tuan Tanah Kedaung) buat keputusan untuk ikut dan lunch di Secret Recepi.Sesampainya kami di sana,orang tidak berapa ramai dan boleh memilih tempat yang agak selesa. Pikir punya pikir order pun dibuat. 


LIN
 Ni Lin sedang menikmati Set Grilled Mushroom Chicken yang diordernya bersama Iced Lemon Tea.
WAN
Gambar di atas ni, Wan, dia order makanan yang sama macam Lin tapi minum air kosong sahaja. Gambar dibawah ni pulak Mek Ain yang memang suka  posing MAUT TAK HINGAT!!.keh keh keh !  Ain order Grilled Black Pepper Chicken sama macam Grilled Mushroom Chicken,cuma ayamnya saje yang bersos black pepper. Nak dijadikan cerita Ain,Lin dan Wan ni dari Pantai timur. Agak2nya demo2 ni make nasi sokmo! 

AIN

Ni pulak makanan Tuan Tanah Kedaung, Chicken Steak Burger With Fries .Oleh kerana tengah musim nak menguruskan perut Tuan Tanah Kedaung makan burger dan green tea sahaja. Rasanya berat jugak food tu yang berkalori. Mana aci ni gambar Tuan Tanah tak ada pun!!



Yan pulak order Noodle In Tom Yam Kung.nampak mmemang menyelerakan, tapi oleh kerana berpantang dengan makanan laut,terbantutlah nak cuba Tom Yam Kung yang sedap tu.

                             YAN


Untuk menghabiskan masa kami lepak-lepak dan jamu mata kat beberapa kedai gadget dan beberapa kedai lain. Macam jurujuallah pulak gang  berempat ni. Jangan marah nanti kena jual!!! Bila-bila ada masa dan ruang kita akan berjimba lagi ya. Thanks Yan  dengan WUS nya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails