Thursday, May 17, 2012

AKTIVITI YANG MULIA


Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah the most gracious the most merciful





Manusia mempunyai empat kumpulan darah iaitu O, A, B dan AB.
Kumpulan darah O boleh menerima darah daripada kumpulan darah O saja. Bagaimanapun darah itu boleh didermakan kepada semua penerima. Kumpulan darah AB hanya boleh didermakan kepada individu kumpulan darah yang sama, tetapi boleh menerima semua kumpulan darah. Begitulah uniknya darah.Di dalam badan manusia mengandungi sembilan hingga 10 pain darah. Individu mengalami kekurangan darah melebihi tiga pain akan menghadapi masalah perjalanan fungsi organ badan yang boleh membawa maut.
Satu-satunya cara menyelamatkan mangsa melalui proses pemindahan darah.


Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya diharamkan ke atas kamu bangkai, darah, daging babi dan apa-apa (binatang) yang disembelih untuk selain daripada Allah. Maka barang siapa yang terpaksa sedang dia tidak derhaka dan tidak melampau, maka tidaklah (kena) apa-apa dosa ke atasnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 173)

Menderma darah bukan saja tidak membahayakan diri penderma, bahkan dianggap satu amalan menjaga kesihatan. Sebelum bakal penderma darah menderma darah, tahap kesihatannya perlu diperiksa terlebih dulu bagi memastikan tidak ada kesan buruk terhadapnya selepas menderma darah.

Tidak rugi mendermakan darah yang diganti secara automatik oleh badan. Sesungguhnya amat besar pahala mereka yang melakukan kebaikan.
Sabda Rasulullah pula bermaksud: “Sesiapa yang membantu mencukupkan keperluan saudaranya, maka Allah pula membantu mencukupkan keperluannya. Sesiapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim, maka Allah melepaskan pula kesusahannya kelak pada hari kiamat." (Riwayat Muslim)

Setiap orang boleh menderma darah setiap tiga atau empat bulan sekali untuk proses pendermaan cara biasa. Bagaimanapun, jika melalui kaedah Aferesis, yakni proses mengeluarkan plasma dan platelet dan kemudian mengembalikan semula sel darah merah kepada penderma dengan menggunakan mesin khas, penderma boleh melakukan lebih kerap berbanding cara bias
a.

Jenis-jenis pendermaan darah

Pendermaan darah penuh

Pendermaan darah penuh ialah pendermaan kesemua komponen darah. Darah penderma yang dikeluarkan tidak dikembalikan ke dalam badan penderma.


Pendermaan aferesis
Darah penderma yang dikeluarkan diasingkan mengikut komponen darah di mana pendermaan aferesis ialah pendermaan komponen darah iaitu plasma darah atau platelet atau kedua-duanya sekali . Komponen darah yang tidak diperlukan akan dikembalikan semula ke dalam badan penderma.

Kriteria penderma darah

Kriteria penderma darah yang digariskan oleh Pusat Darah Negara 
  1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
  2. Berumur di antara 18-60 tahun.
    • Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga.
    • Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
  3. Berat badan melebihi 45 kg.
  4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
  5. Tiada masalah kesihatan.
  6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.
    • Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan.
    • Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
  7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa).
  8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
    • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
    • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual).
    • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur.
    • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis.
    • Mengambil dadah secara suntikan.
    • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
  9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
  10. Untuk penderma wanita:
    • Tidak mengandung.
    • Tidak datang haid.
    • Tidak menyusukan anak.
  11. Jangan menderma darah jika anda:

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails