Friday, March 9, 2012

SOLAT SUNAT ISYRAQ


Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah the most gracious the most merciful.


Solat sunat Isyraq  adalah solat sunat yang dilakukan sekitar pukul 7 pagi sehingga hampir hampir pukul 8 pagi dan ditunaikan sebelum solat dhuhaa.

Solat sunat isyraq adalah solat sunat dua rakaat lafaz niatnya adalah

"Sahaja aku solat sunat isyraq 2 rakaat kerana ALLAH TAALA"

Solat sunat isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
Selepas memberi salam bacalah doa ini..

Maksudnya:



"Segala puji bagi ALLAH yang menjadikan hari ini sejahtera
Dan telah terbit matahari dari tempatnya.
Ya ALLAH berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkan aku keburukkan hari ini.
Ya ALLAH terangilah hatiku dengan cahaya hidayah-MU
sebagaimana telah kau terangi bumi dengan matahari-MU
Terus menerus dengan Rahmat-MU . Ya Tuhan yang Maha Pengasih"




Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha.
Rasulullah SAW bersabda: 
“Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.”(Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails