Monday, October 4, 2010

Muffin Lagi..




Gerai Laksa Pok Zam- Sempena nama bos LimauTambun.



Hari Isnin (4/10/2010) LimauTambun buat Muffin Blueberry untuk jamuan unit tempat Limautambun kerja.. Raya..Raya..Raya. Puasa sebulan Raya pun sebulan. LimauTambun guna acuan yang kecil,dapatlah lebih kurang 60 biji Ni pun LimauTambun beli adunan ready mixed kat YUMMIE Bakery. Senang kerja. Rasanya pun dah terjamin sedap tak payah nak pening-pening kepala nak sediakan bancuhan.
Hari Kahmis (8/10/2010) Akhirnya Jamuan Raya BPM diadakan, kami 1 Unit dipilih untuk menyediakan Laksa sebanyak 150. Untuk menambah seri meja Gerai Laksa Pok Zam tu, LimauTambun menawarkan diri membuat Chocolate Chip Muffin..Lagi!!. LimauTambun cuma taburkan chocolate chip yang berbelang tu atasnya supaya nampak lain sikit. Dapatlah 30 biji sahaja.
Wah.. berebut-rebut rakyat jelata nak dapatkan Muffin yang sungguh selera tu.
Meriah jugalah jamuan raya kali ni. Gerai Laksa kami menang hadiah bagi kategori -Masakan Yang Paling Ummmp!! Tahniah untuk UAP!!





No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails