Sunday, February 10, 2013

KENANGAN TERINDAH......


Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah the most gracious the most merciful

Selamat Tahun Baru Cina bagi yang merayakannya. Kali ni CNY cuti panjang kebetulan jatuh hari Ahad dan Isnin. Jadi cuti Ahad digantikan dengan hari Selasa. Boleh dikatakan semua orang balik kampung. Oleh kerana beberapa sebab aku bercuti di rumah sahaja. Mulalah mencari-cari resepi apa yang nak dibuat. Kebetulan kakak aku dari perak datang. Aku cuba buat Kek Coklat lagi sebagai buah tangan. Kali ini Kek Coklat Lembab pulak. Aku ambil resepi ini dari blog CIK MANGGIS. Terima kasih ya, CM. Kek ni memang sedap tetapi seperti biasa sebelum ini, semua resepi sukatan gulanya akan aku  kurangkan. Jadi sukatan kali ini aku kurangkan juga dari 2 cawan ke 1 3/4 cawan sahaja.
Resepinya boleh diambil di sini : KEK COKLAT LEMBAB


Jom kita layan gambar-gambar aku bersama orang-orang yang tersayang (Kak Nor ,Kak Da Nuran,Lutfi, Ifzan dan Faiz) ya.

 Dari kiri : Nuran,Kak Nor, Kak Da dan tuan rumah 


Aku di kelilingi anak-anak saudara ku yang dah besar panjang! Ohh sungguh cepat masa berlalu. Lip lap lip lap yang muda dah jadi tua, yang tua pulak macam mana ya. banyak-banyaklah bermuhasabah diri ya. Ingatan untuk diri sendiri.


 

Nuran,Kak Da,Kak Nor,Lutfi dan Faiz

Wednesday, February 6, 2013

KEK COKLAT YOGURT


Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah the most gracious the most merciful

Beberapa hari yang lalu aku cuba buat Kek Coklat beryogurt pulak.Resepi aku jumpa kat salah satu blog, tetapi tak ingat nama blog tersebut. Harap maaf dan terima kasih untuk tuan punya resepi ini. Rasanya sedap ,tidak terlalu manis kerana sukatan gula sudah aku kurangkan dari 2 cawan ke 1.75 cawan.  Kek ni bertahan 3 hari sahaja, tidak boleh disimpan lama disebabkan ia agak lembab. Melainkan jika di simpan di dalam petiais. Aku bawa kek ini ke ofis untuk member-member yang sentiasa tidak menolak apa yang aku bawa. Bahagia rasanya melihat member-member gembira dan penuh selera menghabiskan kek yang aku bawa.
Alhamdullillah habis juga kek ni. 




Resepinya seperti di bawah ya.

KEK COKLAT YOGURT
BAHAN-BAHANNYA:

3             BIJI TELUR
250gm   BUTTER -DICAIRKAN DLM MICROWAVE SELAMA 1 MIN
1  3/4     CAWAN GULA KASTOR 
1             CAWAN YOGURT
1             CAWAN SERBUK KOKO
3             CAWAN TEPUNG GANDUM
2             SUDU TEH PENUH SODA BIKARBONAT
1             SUDU TEH ESEN VANILLA
1             CAWAN AIR PANAS MENDIDIH

CARA-CARANYA:
  1. PUKUL TELOR DAN GULA SEHINGGA KEMBANG.
  2. MASUKKAN BUTTER ,YOGURT DAN VANILLA ESEN.  
  3. AYAK TEPUNG GANDUM,SERBUK KOKO DAN SODA BIKARBONAT SEBANYAK 2 KALI.
  4. MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT BERSELANG SELI DENGAN AIR PANAS HINGGA HABIS.
  5. KACAU HINGGA BETUL-BETUL RATA. TUANG ADUNAN KE DALAM LOYANG.
  6. HENTAK-HENTAKKAN PELAHAN-LAHAN LOYANG TADI.
  7. BAKAR DENGAN SUHU 180 C ATAU SEHINGGA MASAK.         


Monday, February 4, 2013

SEBAIK-BAIK HATI.........


Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah the most gracious the most merciful

Ingatlah wahai kawan sekiranya melintas di teratak ini :


Sebaik-baik hati adalah bersangka baik..

◕Sebaik-baik kesedihan adalah mengenangkan dosa..

◕Sebaik-baik penghayatan adalah ayat2 al-Quran..

◕Sebaik-baik nasihat adalah hadis2 nabi SAW..

◕Sebaik-baik taat adalah kepada Allah S.W.T..

◕Sebaik-baik ikutan adalah kepada Rasullullah S.A.W..

Sunday, January 27, 2013

MUHASSABAH DIRI

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah the most gracious the most merciful

Nak jadi jahat sekelip mata,
Nak jadi baik,bertalu-talu ujian melanda,
Sabarlah, ALLAH kan ada.

"Dalam keadaan berdosa sekali pun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pangampunan. 
Manakala dalam keadaan taat,ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat"



Friday, January 25, 2013

JANGAN BERSEDIH WAHAI KAWAN KU .....



Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah the most gracious the most merciful


Petang ni teringat nak sms Wan nak tanya perkembangan anaknya Amsyar yang baru dimasukkan ke IJN. Hati ni tertanya-tanya dan berharap agar semua dalam keadaan baik dan sihat hendaknya.
SMS yang dibalas Wan macam ni : "Wsalam.. Blk ptg semlm.. Amsyar sihat.. Tp kena buat follow up lg sbb injab dia bocor......Jun ni ada follow up lagi kat IJN...tak tau lagi boleh buat pembedahan ke tidak disebabkan injab bocor. Doc kata kalau buat pun pembedahan mungkin tidak berjaya ..." 
Aduhhh. runtuh rasa jantung aku bila baca SMS beliau.. Macamanalah perasaan Wan ketika menerima berita ni dari Doktor. Apa-apa pun Allah lagi maha mengetahui dan penentu segalanya. Kita sebagai hanbanya mampu merancang dan penentuannya adalah dariNya. Semoga segala kekusutan terlerai dan Wan dapat menghadapi segala dugaan dengan tabah, Itu aje yang dapat aku katakan padanya.

Ni nukilan untuk tatapan dan renungan Wan Noraini :

Jangan sedih bila Allah tak bagi apa yang kita minta. Kadang-kadang Allah tak bagi kerana Allah tahu kita tak layak dengan apa yang kita minta. 
Tapi bukan Allah tak bagi terus. Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita.

Semua perkara yang berlaku dulu ada hikmahnya, tak kira la ia berkenaan apa sekali pun. Yakinlah bahawa Allah akan beri sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita impikan dulu.

INSYAA ALLAH


Related Posts with Thumbnails