Friday, September 28, 2012

DOA NABI DAUD AS

Bismillahirrahmanirrahim.

In the name of Allah the most gracious the most merciful

Pagi ini  diizinkan Allah mendapat ilmu dari Surau Al Amin yang akan dikongsikan bersama-sama sesiapa yang menjenguk blog ni.


Diriwayatkan bahawa antara doa yang menjadi amalan Nabi Daud alaihis salam ialah : 
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu 4 perkara dan aku berlindung denganMu daripada 4 perkara.

4 perkara yang aku pohon dari-Mu ialah:
  • 1. Mempunyai lidah yang sentiasa berzikir kepadaMu.
  • 2. Mempunyai hati yang sentiasa bersyukur kepadaMu.
  • 3. Mempunyai tubuh badan yang sanggup menahan sabar.
  • 4. Mempunyai isteri yang sentiasa membantuku dalam urusan dunia dan akhiratku.
4 perkara yang aku memohon perlindungan-Mu ialah :
  • 1. Mempunyai anak yang bersikap sebagai tuan kepadaku.
  • 2. Mempunyai isteri yang menyebabkan aku beruban sebelum waktu aku patut beruban.
  • 3. Mempunyai harta benda yang menjadi bencana dan menyusahkan diriku.
  • 4. Mempunyai jiran yang suka menyembunyi dan memejamkan mata dengan kebaikan yang aku lakukan, tetapi menghebahkan kepada orang lain apabila sahaja melihat keburukanku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails