Friday, November 4, 2011
10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah
1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Semoga dapat menjadi amalan kita semua.
Sumber dari :http://kakibising.com/10-surah-dapat-menghalang-daripada-10-ujian-besar-allah
Monday, October 31, 2011
Fadhilat Bulan ZULHIJJAH
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Tiada sesuatu hari yang mana oraag beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya;
KELEBIHANNYA
1 ZULHIJJAH kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah kan dosanya.
2 ZULHIJJAH doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.
3 ZULHIJJAH doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya
4 ZULHIJJAH Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
5 ZULHIJJAH Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 ZULHIJJAH Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,
barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
7 ZULHIJJAH pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 ZULHIJJAH, Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.
9 ZULHIJJAH turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang
10 ZULHIJJAH adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.
Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
•1. Berkat pada umurnya
•2. Bertambah hartanya
•3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
•4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
•5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
•6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
•7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
•8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
•9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
•10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
Friday, October 28, 2011
Is Your Cell Phone a Health Hazard?
4 perkara listed kat bawah ni memang elok untuk kita amalkan ya terutama pengguna-pengguna yang bergantung penuh dengan Cell Phone/handphone/hepe-ni term yang maid(Indonesia) aku guna or whatever terms yang korang guna.
2. Follow the bars.Radiation exposure increases when a cell phone’s signal is weak or when you’re traveling in a fast-moving car or train. That’s because the phone needs to constantly reconnect to new towers. Wait till you have three or more bars showing before you make your call.
3. Tell your kids to text.Because their skulls are thinner than adults’, children absorb radiation at a higher rate when they hold a phone to their ear.
4. Save the long chats for a noncordless landline or an Internet phone system, like Skype.And when you’re on the go, let your fingers do the talking and send a text instead.
Wednesday, October 26, 2011
Hanya Allah yang tahu ...
Semua orang ada masalah samada susah ,senang berat atau pun ringan, kena hadapi dengan penuh sabar. Semuanya dugaan dari Allah. Semua yang berlaku ada sebabnya. Problems are part of life but the best thing is Allah has tailor made problems to fit us. Ni aku jumpa falsafah sape entah,minta pinjam sekejap ya. Jadi aku pun tak ketinggalan sedang menghadapi masalah.
Masa aku terpinga-pinga dan mencari-cari apakah punca masalah ni yang menghuru-harakan hidup aku dan terpaksa bergantung harap ehsan kakak ku, aku terbaca dalam forum cari.com masalah yang sama,sebijik masalah aku. Tak tahu nak kata apa kerana ada orang lain jugak yang menghadapi masalah yang sama macam aku. Apa daa berbelit-belit nak explain.
Bunyi ayatnya macam ni : "Salam..saya ada problem skit, nk share..sy nie ada masalah dlm memandu kete,padahal sebelum2 nie ok jer..bila tgh bwk kere,rasa stereng kete sy ditarik2 ke sebelah kiri..tambah pulak,kalau jalan tu tak rata,berbelok2,selekoh..rasa gayat yg amat..nie menyebabkab sy tk bleh memandu...kalau drive pun,tersangatlah perlahan..macam budak2 baru belajar kete..gayat yang keterlaluan..sy pernah berubat dan solat hajat tp hilang kejap ajer..lepas tu timbul balik..."
Masalah aku memang sama macam dia hadapi,Jadi apa pendapat korang?? Sesiapa yang singgah kat blog aku ni,aku mintak toloooogggg sangat-sangat kalau dapat jalan penyelesaikan akan masalah yang aku hadapi ni. Aku dah jumpa doktor pakar about my body balancing.takut-takutlah dah senget ke,apa ke tapi doktor kata semua ok je. Tapi setiap penyakit mesti ada ubat kan,masih ada harapan lagi.
Aku rasa sesiapa yang biasa drive mesti akan dapat merasakn betapa susahnya tak boleh memandu. Sekarang ni aku terpaksa naik bas turun bas ke ofis. Tambah2 sekarang ni musim ujan.Bertambah lah lagi hujan dihati aku. Tapi sampai bila dapat aku bertahan.Aku pun tak tahu. Aku sentiasa berdoa setiap kali lepas solat agar diberi kekuatan dan keberanian untuk memandu kereta aku semula.
Thursday, September 1, 2011
AidilFitri 2011
Saturday, July 30, 2011
DOA PEMBUKA 12 PINTU KEBAIKAN
"Allahumaftah Lii Abwaabil Khairi, wa abwaabas salamah, wa abwaabas sihati, wa abwaaban ni'mati, wa abwaabal barakti, wa abwaabal quwwati, wa abwaabal mawaddati, wa abwaabar rahmati, wa abwaabar rizqi, wa abwaabal 'ilmi, wa abwaabal maghfiroti, wa abwaabal jannati, Ya Arhamar Rohimiin".
Pintu-pintu kebaikan,
Pintu-pintu keselamatan,
Pintu-pintu kesihatan,
Pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan,
Pintu-pintu kekuatan,
Pintu-pintu cinta sejati,
Pintu-pintu kasih sayang,
Pintu-pintu rezeki,
Pintu-pintu ilmu,
Pintu-pintu keampunan dan
Pintu-pintu Syurga,
Disusun oleh Dr Ustaz Fadzillah Kamsah
Friday, July 29, 2011
BLUE JEAN'S TOTE
Beg ni digunakan untuk mengisi telekong. Sesuai sangat2 dah nak masuk bulan Ramadhan ni.
Dan beg kecil ni yang paling cute. Beg ini sesuai digunakan untuk kemana-mana sahaja yang boleh memuatkan 1 purse,handphone X3 dan kunci rumah.
Monday, April 25, 2011
Dah lama tak update blog disebabkan kesibukan duniawi yang melantun-lantun ni. Rindu jari ni nak menaip. Pagi 25 April 2011 dapat berita sedih, sahabat Zla yang telah menjalani pembedahan jantung beberapa bulan yang lalu telah dipanggil oleh Yang Maha Esa kerana mengalami berbagai-bagai kompilasi. Terdetik pulak dibenak hati ini bila pulak giliran kita mengikutnya. Sungguh takut memikirkannya dengan amalan yang tak seberapa untuk menemui yang Maha Esa. Emmm.... pikir-pikirkanlah. Takziah untuk keluarga Allahyarhamah. Semoga berada dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Friday, March 25, 2011
6 MAKANAN YANG LEMAHKAN TULANG
Saturday, March 19, 2011
MATAHARI DAN PELANGI
Sunday, March 13, 2011
OTOT OH OTOT ....
Doktor kata otot-otot kat pinggang perlu direhatkan. Aku diberi Ubat sapu(MENZZA CREAM),Ubat untuk relakkan otot(Diclosan:SODIUM 50 mg) dan vitamin untuk otot(VIBEE-Vit B1(100MG),B6(200mg),B12(mcg). Tak pernah seumur hidup ambil vitamin ni.Ni first time aku ambik.
Semoga ubat-ubatan ni serasi dengan otot aku dengan izin Allah.Aku terpaksa mengambil cuti kecemasan untuk merelakkan otot-otot aku .
Yahooo.... ada alasan yang kuat untuk bercuti walaupun kerja di ofis banyak yang menanti......
Monday, February 21, 2011
5 MAKANAN YANG MEMBANTUKAN ANDA TIDUR
Sunday, February 20, 2011
Surah Al-Hasyr [59 : 22-24]
23. Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
- Amalan memohon kepandaian, kefahaman dan keilmuan dari Allah swt.
- Segala ilmu dari Allah swt maka dari-Nya jugalah kita memohonkannya
- Sebaik-baik permohonan dan doa adalah didahului dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran
Monday, February 7, 2011
SENAMAN MEMBAKAR KALORI ! ! !
- Kickboxing: 800 kalori per jam.
- Berbasikal: 700 kalori per jam Anda boleh membakar hingga 700 kalori di kelas rata-rata berbasikal atau masa yang diperlukan untuk jalan sendiri untuk menikmati udara segar untuk boot! Pastikan anda mengikuti satu daripada 14 hingga 16 batu per jam untuk mencapai matlamat 700 kalori.
- Berenang : 460 Sesuai buat lelaki yang benar-benar ingin menjaga perut mereka daripada boroi. Berenang membuat semua otot tubuh bekerja dan variasikan gaya renang anda ( gaya dada, kuak lentang dan kupu-kupu ) sehingga membantu anda memperoleh hasil maksimum dari olahraga ini. Satu jam berenang dapat membakar 460 kalori.
- Jumping Rope: 780 kalori per jam. Jika anda mempunyai keterbatasan ruang dan waktu, lompat tali adalah cara yang paling efisien untuk melihat hasilnya. Selain itu, sifat tinggi kesan dari latihan ini bermakna anda akan menambah massa tulang, meningkatkan kesihatan tulang anda, sementara anda kehilangan lemak.
- Aerobik : 600 kalori per jam. Langkah kelas aerobik intensiti tinggi dan kesan tinggi, yang bermakna anda akan membakar lemak dan kalori. Jumlah kalori yang terbakar bergantung pada seberapa tinggi langkah, tapi dengan hanya menggunakan platform enam-inci boleh memungkinkan anda untuk membakar sampai 600 kalori dalam satu kelas jam-panjang.
- Berlari: 760 kalori per jam. Berlari selama satu jam dengan kecepatan sederhana dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan merupakan cara yang baik untuk membakar lemak tubuh. Namun, berlari dalam waktu yang cukup panjang boleh menyebabkan kekuatan otot hilang dan cedera akibat sering digunakan. Berlari setempat dapat menguatkan kelompok otot dalam kaki termasuk otot-otot yang terdapat di paha.
- Mendaki Bukit. 530 kalori per jam. Sangat baik untuk membakar lemak sekaligus menguji kekuatan otot kaki. Jika anda meluangkan masa selama satu jam mendaki bukit, ia bersamaan dengan pembakaran sebanyak 530 kalori.
Sumber dan gambar dari :http://shine.yahoo.com/channel/health/the-top-6-calorie-burning-workouts-2444723/ dan http://cantik-menarik-tertarik.blogspot.com/2006/05/senaman-membakar-kalori.html
Sunday, February 6, 2011
7 Cara Vitamin C Melawan Penyakit Jantung
INDEK JISIM BADAN (BMI)
Apa itu BMI ??? Bagi yang menjaga naik turun berat badan mesti tahu apa itu BMI dengan lain perkataan Indek Jisim Badan.
Index Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah:-
BMI =[ Berat (kg) / (Tinggi (m) X Tinggi (m)) ]
- Bawah 18.5 kurang berat.
- Antara 18.5 - 22.9 berat yang sihat .
- 23 hingga 27.4 agak lebih berat .
- 27.5 dan keatas gemuk / obes.
Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:
- berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun
- mengandung atau menyusukan anak
- seorang ahli sukan yang aktif
Kalkulator BMI akan membantu anda menentukan anggaran Body Mass Index (BMI), yang merupakan saiz lemak tubuh dan membantu menentukan sama ada hati dan sistem kardiovaskular mungkin bekerja terlalu keras.
Cukup masukkan berat badan dan tinggi untuk mengira BMI pada link dibawah ini.
Body Mass Index (BMI) Calculator
Wednesday, February 2, 2011
KEGUNAAN SHAMPOO SELAIN PADA RAMBUT
- Zip seluar atau baju yang tersekat. Letakkan setitik shampoo pada kepala zip,dan zip tersebut akan boleh digunakan semula.
- Pada kasut kulit yang dah kusam. Letakkan sedikit pada kain yang bersih dan digosok pada tempat yg kusam tu.Tempat yang kusam pada kasut tersebut akan bersinar semula.
- Untuk pakaian cucian tangan, gunakan beberapa titis shampoo untuk basuhan.
- Sebagai buih mandian.
- Gunakan beberapa titis shampoo pada bandage yang susah untuk ditanggalkan.
- Shampoo yang berperapi boleh digunakan sebagai pengganti krim pencukur dikala kita kehabisan atau telupa nak bawa semasa berpemergian.
- Mencuci kereta dengan menggunakan 1/4 cawan shampoo yang dicampurkan dengan sebaldi air suam.
- Sebagai pelincir pada skrew atau yang dah ketat atau pada ensel pintu-pintu yang berbunyi.
- Shampoo yang dicampurkan dengan baking soda boleh digunakan untuk mencuci krom pada kenderaan kemudian dibilas dgn air biasa dan akan bersinar semula.
Tuesday, February 1, 2011
JALAN-JALAN DI PUTRAJAYA
Sunday, January 30, 2011
APA ITU ISTIDRAJ. . .
TIPS FOR MARVELOUS MUFFINS
Bagi yang baru nak berjinak2 nak buat muffin boleh follower tip-tip yang kat bawah ni. Sumber dari http://www.marthastewart.com/blogs .Insyaa Allah tidak mengecewakan. Selamat mencuba.
Tips for Marvelous Muffins :-
· The number one rule of muffin-making is don't over mix the batter unless you want hockey pucks instead of muffins
· If you're wondering which recipe to choose, note that less butter and sugar in a recipe results in a bread-like muffin, while more butter and sugar produces something closer to cake
· Have all ingredients at room temperature. Mix the dry ingredients, whisk the wet ingredients, then use a spatula or wooden spoon to gently stir the two together until everything is slightly moistened. Yes, there will be lumps. Small lumps are fine
· Add fruit, nuts, etc. after lightly combining the wet and dry ingredients. Then give the batter one more light-handed stir and you're done. Is the batter still thick and lumpy? That's exactly what you want
· That thick, lumpy batter is best portioned out with a ladle or a small ice cream scoop
· Some say muffin tops are the best part. To get yours, bake the batter in shallow muffin tins or overfill regular muffin tins. Even if you use paper liners, a quick spritz of vegetable cooking spray on the top of the muffin tin will make muffin removal much easier
· Position your oven rack in the middle of the oven for even heat distribution
· Let muffins cool for a few minutes before turning them out of the pan
· Muffins are best when freshly made, but for muffins anytime you want them, wrap cooled muffins in plastic and freeze for up to two months. Thaw, still wrapped, at room temperature.
Friday, January 28, 2011
ONLINE VIDEO PLATFORM-WEB BASED
Tuesday, January 25, 2011
BLUEBERRY BREAKFAST SHAKE
Sarapan shakes dengan blueberry dan yoghurt adalah cara sihat untuk memulakan hari. Yoghurt menyediakan protein serta kalsium dan vitamin B. Blueberry peringkat ketiga sebagai sumber alami antioksidan setelah prunes dan kismis
1/2 cup blueberries, picked over and rinsed
1/2 cup low-fat vanilla yogurt
1/2 cup skim milk
2 tablespoons honey
5 ice cubes
STRAWBERRY-BANANA TOFU SHAKE
BAHAN-BAHANNYA:-
(untuk 4 orang - dibawah 200 kalori)
1 paket (10 ons) beku, tanpa pemanis strawberi, dicairkan @ strawberi segar
1 cawan susu soya tanpa perasa.
1 biji pisang , dikupas dan dihiris
1/4 cawan madu
1 paket (12 ons) tahu lembut
2 sudu makan air perahan jus lemon segar
Secubit garam
CARA-CARANYA:-
Blend strawberi hingga halus. Campurkan bahan-bahan selebihnya dan di blender semula. Biarkan sejuk seketika didalam petisejuk sebelum di minum.
Selamat mencuba..
Friday, January 21, 2011
SAHABAT . . . .
Saturday, January 15, 2011
JANTUNGMu JANTUNGKu JUA . . .
Pagi tadi terima SMS ,roommate masa kat Mekah, Kak Mah telah dimasukkan ke ICU IJN menjalani operation pintasan jantung 2 hari lepas. Pukul 10.00 pagi bertolak dari Putrajaya ke IJN. Sabtu macam biasa jalan Tun Razak jam memanjang. Macam-macam hati berkata-kata sebab lepas balik dari Mekah tak berpeluang nak jumpa dengan Kak mah. Sampai IJN pukul 11 lebih, masih awal. Waktu lawatan mula pukul 12.30.
Alhamdulillah pesakit baru saje discharged dari wad ICU ke wad biasa. Keinsafan diri terasa dan bersyukur kerana diberi jantung yang sihat(dari result medical chekup baru-baru ni) berbanding dengan yang terlantar kesakitan. Aku berdoa semoga Kak Mah cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.
Menjadi lumrah manusia, akan menjadi lebih bersedia apabila diberi ingatan.Selagi tiada ingatan,maka manusia akan leka yang akhirnya tanpa iman yang kuat akan menjerumuskan ke lembah kemurkaan.
Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara :-
1. Masa muda engkau sebelum datangnya hari tua;
2. Masa sihat engkau sebelum dilanda sakit;
3. Masa kaya engkau sebelum masa miskin mu;
4. Masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk;
5. Masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.
(Hadith riwayat Muslim dan Tarmizi dari Amru bin Maimun r.a)
Jangan kita terlena, terutama pada saat kita muda,sehat,kaya,lapang dan pada saat kita masih hidup. Terus kuatkan diri, terus perbaiki diri .Kita harus lebih baik hari ini dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.
Thursday, January 13, 2011
RESOLUSI Pertama 2011 ...
Assalamualaikum, 2011 ni bercita2 nak mempertingkatkan ilmu yg masih kurang dan cetek ni walaupun dah suku abad berkerja,masih banyak lagi yg belum tahu dan banyak lagi yg perlu belajar. Buat permulaan blog aku yg lama terbiar perlu di baikpulih. Mula-mula memang aku blur tentang hal blog memblog ni. Terima kasih pada Cikgu Emy yg mengajar aku dari tak kenal kepada terus jatuh cinta akan aktiviti blog-memblog ni. Baru2 ni aku terbaca satu blog yg sangat bagus bagi org yg seperti aku yg baru mula nak mengenal apa itu blog.Bagi sesiapa yg teringin nak buat blog sendiri,sila lihat disini tutorial untuk membuat blog dari A-Z yang begitu mudah untuk difahami.Aku sentiasa berdoa agar hati ini sentiasa terang dan mudah untuk menerima segala ilmu dunia dan akhirat. Ameen...
"Wahai Tuhanku ,Tambahkanlah Ilmuku" Surah Thoha Ayat 114
Friday, January 7, 2011
OH TV KU YANG DAH10 TAHUN UMURNYA . . .
Dah seminggu Tv buat hal!!! Macam-macam rancangan tak boley tengok...
Terutamanya yang tak boleh nk mis Channel KBS, mis sungguh..
I can't sleep with KBS series!!!!
Tapiiii.... pesan orang tua " JANGAN TV DIJADIKAN TUAN!!" nanti semua kerja tak menjadi..
Walau apapun peribahasa ke... perumpamaan ke... KBS tetap KBS!!!
Balik kerja petang tadi ajak my sister temankan ke SENG HENG untuk beli TV,
dah tak tahan nk berpantang lama....
WEEKENDS: anak sedara i nak datang... boleh la MENONTON dengan dia...
hehehehe ^__^
Sunday, January 2, 2011
Resepinya seperti disini