Assalamualaikum,
Pagi tadi terima SMS ,roommate masa kat Mekah, Kak Mah telah dimasukkan ke ICU IJN menjalani operation pintasan jantung 2 hari lepas. Pukul 10.00 pagi bertolak dari Putrajaya ke IJN. Sabtu macam biasa jalan Tun Razak jam memanjang. Macam-macam hati berkata-kata sebab lepas balik dari Mekah tak berpeluang nak jumpa dengan Kak mah. Sampai IJN pukul 11 lebih, masih awal. Waktu lawatan mula pukul 12.30.
Alhamdulillah pesakit baru saje discharged dari wad ICU ke wad biasa. Keinsafan diri terasa dan bersyukur kerana diberi jantung yang sihat(dari result medical chekup baru-baru ni) berbanding dengan yang terlantar kesakitan. Aku berdoa semoga Kak Mah cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.
Menjadi lumrah manusia, akan menjadi lebih bersedia apabila diberi ingatan.Selagi tiada ingatan,maka manusia akan leka yang akhirnya tanpa iman yang kuat akan menjerumuskan ke lembah kemurkaan.
Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara :-
1. Masa muda engkau sebelum datangnya hari tua;
2. Masa sihat engkau sebelum dilanda sakit;
3. Masa kaya engkau sebelum masa miskin mu;
4. Masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk;
5. Masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.
(Hadith riwayat Muslim dan Tarmizi dari Amru bin Maimun r.a)
Jangan kita terlena, terutama pada saat kita muda,sehat,kaya,lapang dan pada saat kita masih hidup. Terus kuatkan diri, terus perbaiki diri .Kita harus lebih baik hari ini dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.
No comments:
Post a Comment