Sunday, February 6, 2011

INDEK JISIM BADAN (BMI)




Apa itu BMI ??? Bagi yang menjaga naik turun berat badan mesti tahu apa itu BMI dengan lain perkataan Indek Jisim Badan.
Index Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah:-

BMI =[ Berat (kg) / (Tinggi (m) X Tinggi (m)) ]


  • Bawah 18.5 kurang berat.


  • Antara 18.5 - 22.9 berat yang sihat .


  • 23 hingga 27.4 agak lebih berat .


  • 27.5 dan keatas gemuk / obes.


Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:




  • berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun


  • mengandung atau menyusukan anak


  • seorang ahli sukan yang aktif


Kalkulator BMI akan membantu anda menentukan anggaran Body Mass Index (BMI), yang merupakan saiz lemak tubuh dan membantu menentukan sama ada hati dan sistem kardiovaskular mungkin bekerja terlalu keras.
Cukup masukkan berat badan dan tinggi untuk mengira BMI pada link dibawah ini.

Free Online Calculators and Assessments at BizCalcs.com
Body Mass Index (BMI) Calculator

3 comments:

  1. alamak tak sanggup nak kira bmi kita ni:(

    ReplyDelete
  2. Alaaa CM sya pun seminggi cuti msak,makan masak makan, dah lari BMI he he

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails