Assalamualaikum,
Semua orang ada masalah samada susah ,senang berat atau pun ringan, kena hadapi dengan penuh sabar. Semuanya dugaan dari Allah. Semua yang berlaku ada sebabnya. Problems are part of life but the best thing is Allah has tailor made problems to fit us. Ni aku jumpa falsafah sape entah,minta pinjam sekejap ya. Jadi aku pun tak ketinggalan sedang menghadapi masalah.
Masa aku terpinga-pinga dan mencari-cari apakah punca masalah ni yang menghuru-harakan hidup aku dan terpaksa bergantung harap ehsan kakak ku, aku terbaca dalam forum cari.com masalah yang sama,sebijik masalah aku. Tak tahu nak kata apa kerana ada orang lain jugak yang menghadapi masalah yang sama macam aku. Apa daa berbelit-belit nak explain.
Bunyi ayatnya macam ni : "Salam..saya ada problem skit, nk share..sy nie ada masalah dlm memandu kete,padahal sebelum2 nie ok jer..bila tgh bwk kere,rasa stereng kete sy ditarik2 ke sebelah kiri..tambah pulak,kalau jalan tu tak rata,berbelok2,selekoh..rasa gayat yg amat..nie menyebabkab sy tk bleh memandu...kalau drive pun,tersangatlah perlahan..macam budak2 baru belajar kete..gayat yang keterlaluan..sy pernah berubat dan solat hajat tp hilang kejap ajer..lepas tu timbul balik..."
Masalah aku memang sama macam dia hadapi,Jadi apa pendapat korang?? Sesiapa yang singgah kat blog aku ni,aku mintak toloooogggg sangat-sangat kalau dapat jalan penyelesaikan akan masalah yang aku hadapi ni. Aku dah jumpa doktor pakar about my body balancing.takut-takutlah dah senget ke,apa ke tapi doktor kata semua ok je. Tapi setiap penyakit mesti ada ubat kan,masih ada harapan lagi.
Aku rasa sesiapa yang biasa drive mesti akan dapat merasakn betapa susahnya tak boleh memandu. Sekarang ni aku terpaksa naik bas turun bas ke ofis. Tambah2 sekarang ni musim ujan.Bertambah lah lagi hujan dihati aku. Tapi sampai bila dapat aku bertahan.Aku pun tak tahu. Aku sentiasa berdoa setiap kali lepas solat agar diberi kekuatan dan keberanian untuk memandu kereta aku semula.
No comments:
Post a Comment