Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah the most gracious the most merciful
Selamat Tahun Baru Cina bagi yang merayakannya. Kali ni CNY cuti panjang kebetulan jatuh hari Ahad dan Isnin. Jadi cuti Ahad digantikan dengan hari Selasa. Boleh dikatakan semua orang balik kampung. Oleh kerana beberapa sebab aku bercuti di rumah sahaja. Mulalah mencari-cari resepi apa yang nak dibuat. Kebetulan kakak aku dari perak datang. Aku cuba buat Kek Coklat lagi sebagai buah tangan. Kali ini Kek Coklat Lembab pulak. Aku ambil resepi ini dari blog CIK MANGGIS. Terima kasih ya, CM. Kek ni memang sedap tetapi seperti biasa sebelum ini, semua resepi sukatan gulanya akan aku kurangkan. Jadi sukatan kali ini aku kurangkan juga dari 2 cawan ke 1 3/4 cawan sahaja.
Resepinya boleh diambil di sini : KEK COKLAT LEMBAB
Jom kita layan gambar-gambar aku bersama orang-orang yang tersayang (Kak Nor ,Kak Da Nuran,Lutfi, Ifzan dan Faiz) ya.
Dari kiri : Nuran,Kak Nor, Kak Da dan tuan rumah
Aku di kelilingi anak-anak saudara ku yang dah besar panjang! Ohh sungguh cepat masa berlalu. Lip lap lip lap yang muda dah jadi tua, yang tua pulak macam mana ya. banyak-banyaklah bermuhasabah diri ya. Ingatan untuk diri sendiri.
Nuran,Kak Da,Kak Nor,Lutfi dan Faiz
No comments:
Post a Comment