Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah the most gracious the most merciful
Beberapa hari yang lalu aku cuba buat Kek Coklat beryogurt pulak.Resepi aku jumpa kat salah satu blog, tetapi tak ingat nama blog tersebut. Harap maaf dan terima kasih untuk tuan punya resepi ini. Rasanya sedap ,tidak terlalu manis kerana sukatan gula sudah aku kurangkan dari 2 cawan ke 1.75 cawan. Kek ni bertahan 3 hari sahaja, tidak boleh disimpan lama disebabkan ia agak lembab. Melainkan jika di simpan di dalam petiais. Aku bawa kek ini ke ofis untuk member-member yang sentiasa tidak menolak apa yang aku bawa. Bahagia rasanya melihat member-member gembira dan penuh selera menghabiskan kek yang aku bawa.
Alhamdullillah habis juga kek ni.
KEK COKLAT YOGURT
BAHAN-BAHANNYA:
3 BIJI TELUR
250gm BUTTER -DICAIRKAN DLM MICROWAVE SELAMA 1 MIN
1 3/4 CAWAN GULA KASTOR
1 CAWAN YOGURT
1 CAWAN SERBUK KOKO
3 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 SUDU TEH PENUH SODA BIKARBONAT
1 SUDU TEH ESEN VANILLA
1 CAWAN AIR PANAS MENDIDIH
CARA-CARANYA:
- PUKUL TELOR DAN GULA SEHINGGA KEMBANG.
- MASUKKAN BUTTER ,YOGURT DAN VANILLA ESEN.
- AYAK TEPUNG GANDUM,SERBUK KOKO DAN SODA BIKARBONAT SEBANYAK 2 KALI.
- MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT BERSELANG SELI DENGAN AIR PANAS HINGGA HABIS.
- KACAU HINGGA BETUL-BETUL RATA. TUANG ADUNAN KE DALAM LOYANG.
- HENTAK-HENTAKKAN PELAHAN-LAHAN LOYANG TADI.
- BAKAR DENGAN SUHU 180 C ATAU SEHINGGA MASAK.
No comments:
Post a Comment