Saturday, January 28, 2012

HEALTH TIPS : CONTROLLING GAS


Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah the most gracious the most merciful.

Sejak sebulan dua ni perut selalu meragam,tak boleh silap sikit. Silap je makan mesti perut rasa kembong ya amat. Seksa rasanya. Kadang-kadang malu jugak member selalu tegur pasal perut nampak buncit sikit. Sungguh memalukan.
Belum kena belum tau ya kawan-kawan yang selalu cepat je mulut nak menegur kekurangan orang lain. Jadi hari ni aku  terjumpa artikel tahun 2008 masih elok tersimpan dalam email. Jadi aku nak sharelah untuk orang-orang yang senasib macam aku ni. 
Malas nak translate article ni. Rasa-rasanya mudah je ayat-ayatnya  untuk sesiapa nak faham kan. Layan jelah tip-tip dibawah ni ya. Selamat beramal.....

Tip-tip nya:


Gas can cause abdominal discomfort, belching, flatulence, and other symptoms.
Here's a list of gas-causing foods and activities, courtesy of the National Digestive Diseases Information Clearinghouse:
  • Eating too many carbohydrate-rich foods, high in starches, sugar and fiber. These include beans, dairy products, soft drinks and fruit drinks.
  • Drinking very quickly.
  • Activities that cause your stomach to fill with air, including chewing gum, smoking, and wearing dentures that are too loose.

Tuesday, January 24, 2012

KEK BATIK @ BISKUT TIGER

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah the most gracious the most merciful.

Cuti-cuti ni mulalah tercari-cari apa resepi nak buat. Semangat Naga pun tengah meriah ni. Jadi Kek Batik menjadi pilihan.Dah sebulan beli biskut standby nak buat kek ni. Resepi aku ikut macam resepi dari blog  Hana tapi aku ubah sikit ikut bahan-bahan yang ada kat kitchen aku ni. Apa-apa pun, sekali lagi terima kasih banyak-banyak buat Hana.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 250g@satu peket biskut merie   - (aku tukar dengan 2 paket biskut tiger)
  • 200g@satu peket milo
  • 397g @ 1 tin susu pekat - hana buh 3/4tin - (aku guna 1/2 tin aje)
  • 5 biji telur
  • 1sk esen vanilla
  • 150g butter @ 2/3 cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1sk nescaffe - optional
  • 2 sudu besar air panas - optional (utk kek yg agak moist)
  • 1/2 cawan chocolate chip yang berbelang-belang untuk hisan.
CARA-CARANYA:

  • Sediakan loyang 7 inci (aku guna 6 inci yang basenya boleh di tolak ke atas apabila  mengeluarkan kek tersebut. Memang lebih mudah untuk mengeluarkan kek tersebut ) yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.*boleh rujuk step by step di SINI.
  • Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.
  • Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
  • Taburkan chocolate chip di lapisan yang terakhir.
  • Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup.(yang ni aku terlupa buat, he he)
  • Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.
  • Keluarkan dan potong. Hidangkan.








Ni dia hasilnya apabila sudah dipotong.

 

Sunday, January 22, 2012

FADHILAT HAUQALAH

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah the most gracious the most merciful.






Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billah, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)
Selain daripada itu dengan mengamalkannya kita akan mendapat kekuatan dan keikhlasan hati untuk mengerjakan amalan baik yang diredhoi Allah.
Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita. 
Iman A-Nawawi berkata "La haula wa laa quwwata illa billah", iaitu kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia Kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya untuk menolak sesuatu kejahatan(kemudharatan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat irodhat Allah SWT juga.
Orang mukmin yang mengucapkan kalimah "La haula wa laa quwwqta illa billah" berulang-ulang kali insyaa Allah semua masalah yang dihadapinya akan menjadi mudah dan dapat diatasi dengan tenang. Allah SWT akan memberikan jalan penyelesaian dengan cara yang tidak diduga dan ini adalah rahmat Allah atau kelebihan mengucapkan kalimah "HAUQALAH"

Sunday, January 15, 2012

Milky Marble Cake

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah the most gracious the most merciful.


Assalamualaikum semua. Lama tak update blog. Kebetulan esok ada jamuan utuk celebrate 2 rakan, Seorang dah tamat kontrak(Rozana) dan seorang lagi(M.Hizan) dapat pindah ke kampong lamannya. Bos kata buat porluck je bawak sorang sikit. Best jugak tu dapat rasa bermacam jenis makanan, ni yang buat tambah berat badan ni.
Pening jugak memikir nak masak apa. Mula2 nak buat Kek Gula Hangus,tup..tup gas pulak habis. Tak boleh lah nak buat gula hangus.
Lama jugaklah keluar-masuk blog orang. Bukan apa, nak sesuai kan dengan bahan2 yang ada. Lastly masuk jugak blog  http://hanamemories.blogspot.com jumpa resepi kek marble. Bukan apa,resepi2 Hana ni semua dah di tested dan menjadi. So just ikut je cara2 dia buat. Tak payah nak risau jadi ke tak. Insyaa Allah jadi macam dia buat. Rasa tak tau le ya
Resepinya boleh tengok kat sini ya :  http://hanamemories.blogspot.com/2009/07/milky-marble-cake.html Terima kasih Hana. Tu aja untuk kali ni ya. Mata dah mengantuk. Esok nak bangun pagi. Adios Amigos
Nilah hasilnya seperti gambar dibawah.
                                                                  



Tuesday, January 3, 2012

BINGKISAN DOA

Doa Buat Kekasih: Bingkisan Doa

Ya Arhama Rohimin,
Ya Arhama Rohimin,
Ya Arhama Rohimin


Ya Allah...

Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku

Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi...

Dan Ya Allah... Ya Tuhanku yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi Ya Allah...Seandainya telah Engkau takdirkan, dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...


Serta Ya Allah, Ya Tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya...


Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang patah
Walaupun tidak bersama dengan dirinya


Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buat hamba Mu ini...


Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun di akhirat

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungakaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup bersama
Ke jalan yang Engkau redhai

Dan kurniakanlah padaku ketururnaan yang ssoleh...

Ameen, ameen Ya Rob'alameen...


Courtesy of Mohammed Juanda BMN (Cairnhill)


Related Posts with Thumbnails