Saturday, October 6, 2012

KEK BUAH SEMPOI...PALINGGG MUDAH


Bismillahirrahmanirrahim.

In the name of Allah the most gracious the most merciful

Semalam dapat permintaan dari kakak aku yang dia nak makan kek buah tapi dia malas tak berapa rajin nak buat. Bukannya dia tak pandai ,berbagai resepi dan perlatan memasak ada di rumahnya. Banyak tip-tip masakan aku belajar dari dia tau!!! Untuk membalas jasa baik guru masak aku ni, jadi aku telah mengangkat tangan nak buat kek untuk dia. Dah lama tak buat apa-apa kek pun. Ni nak asah skill semula. Mula-mula nak buat kek buah ikut resepi CM, tapi banyak bahan tak ada di rumah. Jadi aku pun mintak Pakcik Google resepi Kek Buah yang palinggggg mudah . Lastly Pakcik Google kata di sini ada   RESEPI 
Memang mudah sesangat le resepinya . Terima kasih banyak-banyak pada empunya resepi ni. Tidak perlu mengguna telor atau gula !! Rasanya pun tidak beberapa manis. Memang sesuai untuk kakak aku yang memang sedang berdiet gula ni. Sebenarnya member aku pernah bagi resepi ala-ala resepi ni jugak,tapi dah tak jumpa kat mana letaknya resepi tu. Jadi layan je lah gambar dan resepi di bawah ni yang telah aku  olah mengikut kesesuaian  ya.
,


Bahan-bahan ( 1 loyang (20cm) ) (rasanya kalau guna loyang square lagi senang nak pontong)

  • Bahan A
  • 250 gm butter
  • 1 tin kecil susu pekat manis (guna 1/4 tin sahaja)
  • 1 kotak mixed fruit (200g)
  • 1 cawan air masak
  • Bahan B
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji oren diambil jus dalam 1/2 cawan (guna SunQuick je)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara

  1. Campur bahan A (butter, susu pekat, mixed fruit dan air masak) dalam periuk. Masak atas api perlahan hingga cair semua. Angkat dan biar sebentar, (Saya perap 2 - 3 jam sahaja dan terus bakar - mengikut komen orang lain yang dah cuba) masukkan dalam fridge semalaman. (kalu nak buat esok pagi, masak malam ni n simpan dalam peti di bhgn biasa tau..bukan freezer)  
  2. Keluarkan dan biar dalam 1 jam. Lepas tu campurkan dengan semua bahan B. Kacau dengan senduk, sebati.
  3. Masukkan dlm loyang yang  digris dan ditabur tepung . Bakar hingga masak mengikut oven masing-masing (saya bakar selama 1 jam je)   (jun masak dlm 1 1/2 jam)
  4. * Simpan semalaman supaya jus dari buah tu meresap sekali. Warna kek pun perang sebab kismis dan adunan ni agak pekat.  Buah2an pun sekata, tidak mendap..*

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails