Monday, October 31, 2011

Fadhilat Bulan ZULHIJJAH

Assalamualaikum,

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;


Tiada sesuatu hari yang mana oraag beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).

Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya;

 KELEBIHANNYA

1 ZULHIJJAH kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah   kan dosanya.

2 ZULHIJJAH doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya

4 ZULHIJJAH Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat

5 ZULHIJJAH Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 ZULHIJJAH Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,
barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.

7 ZULHIJJAH pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 ZULHIJJAH, Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

9 ZULHIJJAH turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang

10 ZULHIJJAH adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:

•1. Berkat pada umurnya

•2. Bertambah hartanya

•3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin

•4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu

•5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda

•6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya

•7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh

•8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar

•9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia

•10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.

 



Friday, October 28, 2011

Is Your Cell Phone a Health Hazard?


4 perkara listed kat bawah ni memang elok untuk kita amalkan ya terutama pengguna-pengguna yang bergantung penuh dengan Cell Phone/handphone/hepe-ni term yang maid(Indonesia) aku guna or whatever terms yang  korang guna.
 
1. Try to avoid direct contact with your cell phone during calls.Use the speaker-phone setting or wired hands-free device. Although wireless Bluetooth devices do reduce radiation, they don’t eliminate it.

2. Follow the bars.Radiation exposure increases when a cell phone’s signal is weak or when you’re traveling in a fast-moving car or train. That’s because the phone needs to constantly reconnect to new towers. Wait till you have three or more bars showing before you make your call.

3. Tell your kids to text.Because their skulls are thinner than adults’, children absorb radiation at a higher rate when they hold a phone to their ear.

4. Save the long chats for a noncordless landline or an Internet phone system, like Skype.And when you’re on the go, let your fingers do the talking and send a text instead.



 

Wednesday, October 26, 2011

Hanya Allah yang tahu ...

Assalamualaikum,
Semua orang ada masalah samada susah ,senang berat atau pun ringan, kena hadapi dengan penuh sabar. Semuanya dugaan dari Allah. Semua yang berlaku ada sebabnya. Problems are part of life but the best thing is Allah has tailor made problems to fit us. Ni aku jumpa falsafah sape entah,minta pinjam sekejap ya.  Jadi aku pun tak ketinggalan sedang menghadapi masalah.
Masa aku terpinga-pinga dan mencari-cari apakah punca masalah ni yang menghuru-harakan hidup aku dan terpaksa bergantung harap ehsan kakak ku, aku terbaca dalam forum cari.com masalah yang sama,sebijik masalah aku. Tak tahu nak kata apa kerana ada orang lain jugak yang menghadapi masalah yang sama macam aku. Apa daa berbelit-belit  nak explain.
Bunyi ayatnya macam ni : "Salam..saya ada problem skit, nk share..sy nie ada masalah dlm memandu kete,padahal sebelum2 nie ok jer..bila tgh bwk kere,rasa stereng kete sy ditarik2 ke sebelah kiri..tambah pulak,kalau jalan tu tak rata,berbelok2,selekoh..rasa gayat yg amat..nie menyebabkab sy tk bleh memandu...kalau drive pun,tersangatlah perlahan..macam budak2 baru belajar kete..gayat yang keterlaluan..sy pernah berubat dan solat hajat tp hilang kejap ajer..lepas tu timbul balik..."
Masalah aku memang sama macam dia hadapi,Jadi apa pendapat korang?? Sesiapa yang singgah kat blog aku ni,aku mintak toloooogggg sangat-sangat kalau dapat jalan penyelesaikan akan masalah yang aku hadapi ni. Aku dah jumpa doktor pakar about my body balancing.takut-takutlah dah senget ke,apa ke tapi doktor kata semua ok je. Tapi setiap penyakit mesti ada ubat kan,masih ada harapan lagi.
Aku rasa sesiapa yang biasa drive mesti akan dapat merasakn betapa susahnya tak boleh memandu. Sekarang ni aku terpaksa naik bas turun bas ke ofis. Tambah2 sekarang ni musim ujan.Bertambah lah lagi hujan dihati aku. Tapi sampai bila dapat aku bertahan.Aku pun tak tahu. Aku sentiasa berdoa setiap kali lepas solat agar diberi kekuatan dan keberanian untuk memandu kereta aku semula.

Related Posts with Thumbnails