**************
Selepas sarapan pagi,check out hotel. Kami berangkat ke Chiangrai kawasan utara Thailand dengan menaiki bas. perjalanan mengambil masa 3 jam lebih. Lawatan di mulakan dengan melawat BAN PONG NAMRON HOT SPRING. Sepanjang perjalanan kiri dan kanan jalan terdapat kawasan pertanian dan rumah-rumah pertani. Perjalanan di teruskan dengan menyusuri bukit bukau dengan permandangan hijau yang sungguh menarik dan tenang untuk ke GOLDEN TRIANGLE menyusuri Sungai Mekong dengan menaiki bot,dimana peserta berpeluang berdiri di tengah tengah sempadan MYANMAR dan LOAS. Kami juga dibenarkan menjejakkan kaki di Laos dan membeli ole-ole dari Laos, kebanyakannya kerja tangan penduduk Laos.Makan tengahari di restoran muslim tempatan.
Selepas itu lawatan di teruskan ke MAE SAI atau lebih di kenali dengan sempadan Myanmar dan disini peserta berpeluang membeli belah kerana pelbagai barangan di jual dengan harga yang murah seperti pakaian , cenderahati dan perbagai lagi. Peserta juga berpeluang solat MASJID di Mae Sai di utara Thailand. Makan malam di restoran Muslim tempatan dan selepas itu Check in hotel. Bermalam di Hotel Little Duck di Chiangrai
Dalam perjalanan pulang ke Chiangmai kami ke Kilang Jade dan berpeluang membeli barang-barang jade yang sungguh cantik. Chiangrai memang terkenal dengan pengeluaran batu permatanya. Akhir sekali kami dibawa ke tempat memproses biji gajus yang berbagai perasa dijual dan boleh dirasa sebelum membelinya. agak dah puas rasa barulah kami membuat pilihan nak beli mengikut citarasa.
Sampai di Chiangmai terus makan malam dan balik ke hotel Sri Wongsa.
Sampai di Chiangmai terus makan malam dan balik ke hotel Sri Wongsa.
No comments:
Post a Comment