Saturday, November 20, 2010

Kelebihan Bersedekah Secara Bersembunyi


Hadith: Amru bin Auf r.a katanya ,Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya)"
  1. Dihindari daripada mati terbakar atau ditenggelamkan.

  2. Memadamkan kemurkaan Allah,jika menunjuk-nunjuk menimbulkan perasaan riak dan mengundang kemurkaan Allah.

  3. Menjadi perisai api neraka.

Lima Kelebiahan di dunia:
  1. Menyucikan harta.

  2. Menyucikan diri.

  3. Menolak bala dan penyakit

  4. Orang miskin akan suka kepa orang kaya yang suka bersedekah.

  5. Berkat hartanya dan meluaskan rezeki

Lima Kepujian di akhirat :

  1. Mendapat naungan pada hari kiamat/penyejuk.

  2. Ringan kitab kejahatan.

  3. Memberatkan timbangan kebaikan.

  4. Memudahkan titian siratulmustakiim

  5. Menambah darjat di dalam syurga.



Saturday, November 13, 2010

Ingat Dan Mengingati ..

Assalamualaikum, Sempena Bulan Zulhijjah lebih senang dikatakan bulan umat islam mengerjakan Ibadah haji saya ingin berkongsi dan memanjangkan ilmu yang saya dapat mengenai GANJARAN BERPUASA pada 9 Zulhijjah bersamaan hari wukuf iaitu 15 Nov 2010.
Puasa ni disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah Anshari ra.

Sungguh bersukur kehadrat Illahi kerana mendapat ingatan dan peringatan setelah membaca cacatan dari blog tersebut.Terima kasih banyak2. Akan saya panjangkan ingatan ini kepada rakan2 lain. Insyaa Allah...

Monday, October 4, 2010

Muffin Lagi..




Gerai Laksa Pok Zam- Sempena nama bos LimauTambun.



Hari Isnin (4/10/2010) LimauTambun buat Muffin Blueberry untuk jamuan unit tempat Limautambun kerja.. Raya..Raya..Raya. Puasa sebulan Raya pun sebulan. LimauTambun guna acuan yang kecil,dapatlah lebih kurang 60 biji Ni pun LimauTambun beli adunan ready mixed kat YUMMIE Bakery. Senang kerja. Rasanya pun dah terjamin sedap tak payah nak pening-pening kepala nak sediakan bancuhan.
Hari Kahmis (8/10/2010) Akhirnya Jamuan Raya BPM diadakan, kami 1 Unit dipilih untuk menyediakan Laksa sebanyak 150. Untuk menambah seri meja Gerai Laksa Pok Zam tu, LimauTambun menawarkan diri membuat Chocolate Chip Muffin..Lagi!!. LimauTambun cuma taburkan chocolate chip yang berbelang tu atasnya supaya nampak lain sikit. Dapatlah 30 biji sahaja.
Wah.. berebut-rebut rakyat jelata nak dapatkan Muffin yang sungguh selera tu.
Meriah jugalah jamuan raya kali ni. Gerai Laksa kami menang hadiah bagi kategori -Masakan Yang Paling Ummmp!! Tahniah untuk UAP!!





Saturday, October 2, 2010

Feel Like MUFFINilicious......


LimauTambun memang suka masak memasak ni.Rasa macam satu terapi minda je kalau dapat masak.Tambah2 hasilnya mengembirakan orang yang memakannya..Pukul 11 pagi tadi dapat SMS dari anak saudara LimauTambun (Nuran) nak datang rumah. Kebetulan pulak kawan LimauTambun Ain,ajak ke Yummie untuk beli bahan buat kek.Apa lagi pucuk dicita ulam pulak datang.he he..LimauTambun beli 2 paket ready mixed Muffin, Blueberry dan Chocolate Chip. Yang chocolate ni memang disukai ramai. Jadi LimauTambun ambil keputusan buat yang chocolate tu untuk Nuran bawa balik ke kolej dia sebagai bekalan.

Senang je semua bahan dah ada,cuma tambahkan:

3 biji telur gred A(175 g) yang dipukul dengan garfu,113 g air,140 g minyak jagung dan digaul dengan tepung ready mixed tadi.Isi dalam muffin cups dan dibakar lebih kurang 20-25 minit.

Here is the uncooked looks alike.....





Muffin cup 3/4 penuh diisi





AND THE RESULTS!!!!!! 18 muffins DONE




Friday, October 1, 2010

Makan malam


Malam ni rasa tak nak makan nasi,tukar menu pulak. Makanan ni merupakan makanan org Italy,macam ala-ala piza tapi tak sama. Namanya Focaccia dan dimakan dengan kari ayam semalam atau sambal tumis ikan bilis(versi orang melayu).Emm.sedap jugak sekali sekala tukar menu.Resepinya diambil dari Buku Family Circle dan telah di ubah sedikit mengikut selera sendiri.


FOCCACIA

INGREDIENTS:
1 tsp dry yeast
1 tsp sugar
2 1/3 cups flour
3/4 cup lukewarm water
1 tsp salt
3 cloves garlic crushed
2 tbsp olive oil + 1 egg
1 tbsp semolina
1 tbsp olive oil,extra.

DIRECTIONS:

1. Combine yeast,sugar,1 tsp flour and water in a small bowl.Stan covered in warm place 10 minutes or until frothy.

2. Sift remaining flour and salt into mixing bowl. Add garlic ad stir to combine. Make a well in the centre,stir in yeast mixture and olive oil. Mix to form a dough.

3. Turn dough onto lightly floured surface, knead for 10 minutes. Shape into a ball. Place into lightly oiled mixing bowl, covered with platic wrap and leave for 40 minutes or until well risen.

4. Preheated oven 210 C.Sprinkle pan with semolina.Knead dough again until smooth. Press dough into pan. Prick holes with fingger and sprinkle with water.bake 10 minutes.Sprinkle again with water. Bake again 10 minutes.Brush with extra olive oil, sprinkle with salt and bake 5 more minutes. Serve warm and cut into square.


ps:boleh ditambah bahan untuk ditabur diatas Foccacia-cheese,tomato,bawang dan sayur2an lain mengikut selera masing2.

Friday, September 10, 2010

AidilFitri 2010




Di pagi Raya Aidilfitri 2010 sebelum menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Sempat lagi bergambar untuk kenangan. Tahun ni raya di Putrajaya aje , berkorban kerana adik Faiz nak PMR tak sampai sebulan lagi. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan menjadi insan yang gemilang dan terbilang ..Insyaa Allah.

Tuesday, June 15, 2010

CHiangmai...9 Jun 2010




















































Selepas sarapan, lawatan pertama di mulakan dengan melawat ORCHID FARM. Setiba kami di ladang okid,kami disambut oleh beberapa petugas menyambut kedatangan kami dengan menyematkan pin sekuntum bunga okid segar. Berbagai spesis okid ada di sini. Okid hutan yang mengeluarkan bau-bauan yang wangi juga ada di sini.

Kemudian kami dibawa melawat Mae Taeng Elephant Park (ELEPHANT SAFARI). Di sini peserta dapat melihat pelbagai aksi dan telatah gajah-gajah yang terlatih dan jinak seperti melihat gajah mandi, bermain bola sepak dan pelbagai lagi aksi persembahan yang menarik. Makan tengahari dan selepas makan peserta berpeluang untuk menaiki gajah juga menaiki rakit buluh. Makan malam di restoran muslim tempatan. Bermalam di Chiangmai.



Akhir sekali kami dibaawa ke pusat membeli-belah yang terkenal di Chiangmai,Robinson untuk membeli-belah lagi sebelum pulang ke Malaysia keesokannya.


Makan malam dan balik ke hotel Sri Wongsa untuk berihat.


























Chiangmai...10 Jun 2010


























Selepas sarapan pagi, aktiviti bebas sehingga di bawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Hari untuk bergembira dah berakhir,masa untuk pulang ke Malaysia. Kami bersiap awal dan sarapan pukul 7 kerana penerbangan pulang pukul 9. Setelah semua urusan Check-out selesai kami dibawa ke Lapangan terbang Chiangmai. Sempat lagi mebeli-belah di airport. Masa dah tiba untuk terbang pulang ke tanah air yang tercinta.
SELAMAT TINGGAL CHIANGMAI-LA KORN CHIANGMAI

Chiangrai ....8 Jun 2010








































**************


Selepas sarapan pagi,check out hotel. Kami berangkat ke Chiangrai kawasan utara Thailand dengan menaiki bas. perjalanan mengambil masa 3 jam lebih. Lawatan di mulakan dengan melawat BAN PONG NAMRON HOT SPRING. Sepanjang perjalanan kiri dan kanan jalan terdapat kawasan pertanian dan rumah-rumah pertani. Perjalanan di teruskan dengan menyusuri bukit bukau dengan permandangan hijau yang sungguh menarik dan tenang untuk ke GOLDEN TRIANGLE menyusuri Sungai Mekong dengan menaiki bot,dimana peserta berpeluang berdiri di tengah tengah sempadan MYANMAR dan LOAS. Kami juga dibenarkan menjejakkan kaki di Laos dan membeli ole-ole dari Laos, kebanyakannya kerja tangan penduduk Laos.Makan tengahari di restoran muslim tempatan.




Selepas itu lawatan di teruskan ke MAE SAI atau lebih di kenali dengan sempadan Myanmar dan disini peserta berpeluang membeli belah kerana pelbagai barangan di jual dengan harga yang murah seperti pakaian , cenderahati dan perbagai lagi. Peserta juga berpeluang solat MASJID di Mae Sai di utara Thailand. Makan malam di restoran Muslim tempatan dan selepas itu Check in hotel. Bermalam di Hotel Little Duck di Chiangrai


Dalam perjalanan pulang ke Chiangmai kami ke Kilang Jade dan berpeluang membeli barang-barang jade yang sungguh cantik. Chiangrai memang terkenal dengan pengeluaran batu permatanya. Akhir sekali kami dibawa ke tempat memproses biji gajus yang berbagai perasa dijual dan boleh dirasa sebelum membelinya. agak dah puas rasa barulah kami membuat pilihan nak beli mengikut citarasa.
Sampai di Chiangmai terus makan malam dan balik ke hotel Sri Wongsa.


Chiangmai...6 Jun 2010




























Ahad 6 Jun 2010. Pagi dah bangun siap2 nak berangkat ke chiangmai.Member janji nak pergi ke KLIA sama-sama.Dah tak sabar-sabar rasanya. Malam pun tak lena tidur. Rasa lama sangat nak tunggu pagi. Maklumlah dah lama tak jalan-jalan makan angin sejak 1996. Kami pergi berempat dari Putrajaya.(Kak Nen,Lon dan Kak Tun). Ni merupa pengalaman pertama jalan-jalan makan angin dengan member.
Berlepas dari LCCT Kuala Lumpur 2 Jam lebih awal sebelum masa berlepas, dan setibanya di lapangan terbang Chiangmai peserta akan di sambut oleh wakil kami di sana. Seterusnya peserta akan di bawa ke salah sebuah Masjid yang terkenal di Chiangmai dan selepas itu makan tengahari di restoran tempatan. Seleps makan peserta akan di bawa check in hotel dan aktiviti bebas.Pada sebelah malam peserta akan di ambil dari hotel dan di bawa untuk makan malam. Bermalam di Chiangmai

Bak kata perpatah,"Jauh perjalanan luas pengetahuan" . Dan bermulalah episod perjalanan kami ....








































































Thursday, June 10, 2010

chiangmai ....7 Jun 2010



























*************


Selepas sarapan pagi, Berkumpul di Lobby Sri Wongsa Hotel ,check out hotel dan terus bertolak ke Chiangmai. Dalam perjalanan singgah sebentar di kedai menjual makanan kering. Makan tengahari di restoran tempatan dan selepas itu lawatan di teruskan ke HOME INDUSTRIES yang sangat terkenal dan terbesar di Chiangmai. Kemudian melawat kilang membuat SUTERA THAI di San Kam Paeng ,kilang SA PAPER UMBRELLA di Borsang dan juga The pharasit Honey . Selepas itu peserta di bawa melawat KILANG BATU PERMATA yang terbesar di dunia dan kilang pembuatan barangan kulit. Pada sebelah malam peserta di bawa makan di restoran tempatan dan peserta berpeluang untuk membeli belah di NIGHT BAZAAR











Related Posts with Thumbnails