Thursday, November 15, 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434


Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah the most gracious the most merciful

Tahun ni aku menyambut Tahun Baru Hijrah kat ofis je dengan member2. Sama-sama baca doa awal dan akhir tahun. Lain rasanya ,selalu baca sorang2 kat rumah. Di bawah ni doa Awal dan Akhir tahun yang aku cut N paste dari Mr G. Thanks a lots.


 Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib    pada akhir bulan Zulhijjah.
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434 .
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Mudah-mudahan dosa2 yg lalu diampunkan dan hari2 yg mendatang akan lebih membawa kebaikan serta dilimpahi rahmat ALLAH swt...Aminnn



Saturday, November 10, 2012

GOOD LUCK TO ALL SPM CANDIDATES


Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah the most gracious the most merciful

SPM dah seminggu berlalu. Good luck untuk 2 orang  anak buah aku (Muhammad Faiz dan Muhamma Zofri). Mengikut jadual minggu depan tak ada peperiksaan kerana Depavali dan Maal Hijrah. Jadi Makteh harap kalian berdua mengambil kesempatan seminggu tanpa exam untuk pulun sungguh-sungguh buat revision. Semoga kedua-duanya mendapat keputusan yang cemerlang.Insyaa Allah. 
Sorry ya Muhammad Faiz, makteh curi snap gambar Faiz yang sedang asik dgn gadjetnya. 
All the best to both of you!!!

Sunday, November 4, 2012

OH KATAK OH KATAK! MENGAPA KAU PANGGIL HUJAN???


Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah the most gracious the most merciful


Daripada Abu Hurairah r.a. , Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.

Ni lah makanan rezeki dari Allah, Alhamdulillah Syurkur Nikmat. 

TOAD IN THE HOLE. What?? Toad?? Dah lah musim ujan ni dapat pulak makanan nama pelik seperti ni. Terkejut jugak nak makan.Belum cuba belum tau ya. Walaupun namanya mengerikan dan  tak berapa sedap didengar, tapi rasanya memang sedappp!!! Resepi ni dah diolah dan di buat oleh kakak aku. Seronoknya hari ni hari cuti,tak payah nak susah-susah pikir nak masak, dapat pulak rezeki terpijak!!
Memang senang bangat resepi ni. Janji ada oven nak membakarnya. Insyaa Allah pasti akan aku cuba. Untuk member akau yang selalu menjenguk Dango aku ni  Lynn,akau saran dia mencuba resepi ni budak-budak mesti suka sangat makan "TOAD" ni.


BAHAN2NYA:
Bahan A
1.5 cawan tepung gandum
1.5 cawan susu segar
3 biji telor

Bahan B
Cendawan - dihiris
Hot Dog (potong 3 )
Capsicum - dicincang cube
Bawang besar - dihiris

Garam
Lada hitam.

CARA2NYA:
  1. Ayak tepung ke dalam bekas besar dan campurkan garam dan lada hitam hitam.
  2. Buatkan kawah ditengah2 campuran tepung dan pecahkan telur dan kacau telur bersama-sama tepung. Kemudian masukkan susu kedalam bancuhan tepung dan dikacau lagi.
  3. Tapis aduan tepung suapaya tidak berbiji2 tepungnya, Kemudian tutup bekas dan biarkan selama 30 minit.
  4. Preheat oven ke 180C.
  5. Bawang besar  digoreng dengan sedikit minyak hingga layu dan perang dengan api yang pelahan. Masukkan bahan yang dihiris dan hot dog bersama-sama bawang tadi.
  6. Kemudian curahkan kedalam bancuhan tepung tadi dan di bakar dalam pie dish  selama 1/2 jam.
Rujukan : http://www.bbc.co.uk/food/recipes/toadinthehole_3354

Friday, November 2, 2012

CHECKLIST AMALAN-AMALAN SUNAT HARI JUMAAT


Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah the most gracious the most merciful

CHECKLIST AMALAN-AMALAN SUNAT HARI JUMAAT:

✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw
✔ Membaca Surah Al-Kahfi
✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan memunaikan solat jumaat
✔ Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran
✔ Memperbanyakkan amalan bersedeqah
✔ Memperbanyakkan amalan sunat
✔ Memotong kuku kaki dan tangan
✔ Memperbanyakkan zikrullah
✔ Memakai pakaian sunnah
✔ Memakai wangi-wangian
✔ Hadir awal ke masjid

Rasulullah bersabda yang maksudnya :

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.

(HR Ibnu Majah)

~ Ustaz Don Daniyal
Related Posts with Thumbnails