In the name of Allah the most gracious the most merciful
Pagi ini diizinkan Allah mendapat ilmu dari Surau Al Amin yang akan dikongsikan bersama-sama sesiapa yang menjenguk blog ni.
Diriwayatkan bahawa antara doa yang menjadi amalan Nabi Daud alaihis salam ialah :
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu 4 perkara dan aku berlindung denganMu daripada 4 perkara.
4 perkara yang aku pohon dari-Mu ialah:
- 1. Mempunyai lidah yang sentiasa berzikir kepadaMu.
- 2. Mempunyai hati yang sentiasa bersyukur kepadaMu.
- 3. Mempunyai tubuh badan yang sanggup menahan sabar.
- 4. Mempunyai isteri yang sentiasa membantuku dalam urusan dunia dan akhiratku.
4 perkara yang aku memohon perlindungan-Mu ialah :
- 1. Mempunyai anak yang bersikap sebagai tuan kepadaku.
- 2. Mempunyai isteri yang menyebabkan aku beruban sebelum waktu aku patut beruban.
- 3. Mempunyai harta benda yang menjadi bencana dan menyusahkan diriku.
- 4. Mempunyai jiran yang suka menyembunyi dan memejamkan mata dengan kebaikan yang aku lakukan, tetapi menghebahkan kepada orang lain apabila sahaja melihat keburukanku.