Thursday, September 1, 2011

AidilFitri 2011

Assalamualaikum,
Raya tahun raya kat Sitiawan,kat rumah emak saudara yg terlantar coma dah berbulan bergantung dengan mesin hayat. Bila terpandang je wajah Chor(panggilan namanya) yg terlantar tu terus aku nampak sebijik wajah Allahyarham emak yang sangat-sangat ku rindui. Airmata tak tetahan terus meleleh, macam tulah wajah Allahyarham emak aku semasa aku yang menjaganya ketika dia koma juga selama sebulan lebih sebelum Allah menjemputnya. Al Fatihah untuk Allahyarham emakku. Semoga aman di sana.Aminn. Masih banyak lagi perkara yang belum sempat aku laksanakan untuk membalas budinya. Sekarang ni tinggallah aku,aku,aku dan 3 adik beradik yang masih ada dengan keluarga masing-masing menyambut raya.


Sempat lagi ambil gambar pagi raya sebelum ke Sitiawan bersama Kak Nor,Lutfi dan Faiz.

Ni pulak kat rumah Opah Azizah yang sama-sama sebilik kat Mekah dulu.
Gambar di atas ni pulak Faiz anak Kakak aku yang bongsu,manakala gambar di bawah sebelah Faiz tu abangnya Lutfi. Lepas raya rumah Opah Azizah kami ke tepi Laut kat Pasir Panjang sebelum balik ke Ipoh semula.
Yang menjadi terkejut beruk, kat kawasan tu ada tokong  besar le sangat-sangat dengan berbagai-bagai patung tuhan mereka, Kalau tak percaya tengok gambar di bawah ni !!!
SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN
pada sesiapa yang sudi singgah kat rumah aku ni.
Related Posts with Thumbnails