Saturday, November 20, 2010

Kelebihan Bersedekah Secara Bersembunyi


Hadith: Amru bin Auf r.a katanya ,Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya)"
  1. Dihindari daripada mati terbakar atau ditenggelamkan.

  2. Memadamkan kemurkaan Allah,jika menunjuk-nunjuk menimbulkan perasaan riak dan mengundang kemurkaan Allah.

  3. Menjadi perisai api neraka.

Lima Kelebiahan di dunia:
  1. Menyucikan harta.

  2. Menyucikan diri.

  3. Menolak bala dan penyakit

  4. Orang miskin akan suka kepa orang kaya yang suka bersedekah.

  5. Berkat hartanya dan meluaskan rezeki

Lima Kepujian di akhirat :

  1. Mendapat naungan pada hari kiamat/penyejuk.

  2. Ringan kitab kejahatan.

  3. Memberatkan timbangan kebaikan.

  4. Memudahkan titian siratulmustakiim

  5. Menambah darjat di dalam syurga.



Saturday, November 13, 2010

Ingat Dan Mengingati ..

Assalamualaikum, Sempena Bulan Zulhijjah lebih senang dikatakan bulan umat islam mengerjakan Ibadah haji saya ingin berkongsi dan memanjangkan ilmu yang saya dapat mengenai GANJARAN BERPUASA pada 9 Zulhijjah bersamaan hari wukuf iaitu 15 Nov 2010.
Puasa ni disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah Anshari ra.

Sungguh bersukur kehadrat Illahi kerana mendapat ingatan dan peringatan setelah membaca cacatan dari blog tersebut.Terima kasih banyak2. Akan saya panjangkan ingatan ini kepada rakan2 lain. Insyaa Allah...
Related Posts with Thumbnails